Image Banner

🌏✨ TAHNIAH DI PENTAS ANTARABANGSA! ✨🌏

🌏✨ Tahniah di Pentas Antarabangsa! ✨🌏

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar Sekolah Bina Insan,

Ahmad Faheem Zhariff bin Ahmad Fahmi (Tingkatan 5 Ar-Razi)

atas pencapaian membanggakan dalam Global English Language Olympiad of Southeast Asia (GELOSEA) yang berlangsung di Singapura dengan meraih Silver Award.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong pendidikan anak-anak.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar SBI yang lain bahawa tiada yang mustahil apabila usaha disertai doa dan kesungguhan.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#AnakSBIHebat

LAGI

AMAL ISLAMI 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh semangat Program Amal Islami peringkat sekolah yang dilaksanakan pada Ramadan lalu. Bulan Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga medan membina potensi dan menyerlahkan bakat anak-anak dalam suasana yang penuh barakah. Penglibatan aktif pelajar-pelajar Sekolah Bina Insan dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan.

 

Antara acara pertandingan yang telah dijalankan:

🎤 Imam Muda SBI

📣 Bilal SBI

✒️ Kaligrafi Khat

🎙️ Mursyid 

🗣️ Bicara Berirama 

👳🏻 Pencetus Ummah

🕌 Replika Binaan Islam dll

 

Semoga platform ini melahirkan generasi pelajar yang berani, berkeyakinan dan beradab, selari dengan aspirasi pendidikan di SBI.

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#AmalIslami

LAGI

✨ “SPM HANYALAH ALAT, BUKAN MATLAMAT.” ✨

✨ “SPM hanyalah Alat, bukan Matlamat.” ✨

Alhamdulillah, semalam telah diumukan keputusan SPM bagi tahun 2025. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025, khususnya pelajar Sekolah Bina Insan YMSU atas usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan ini. Sekolah juga merakamkan kesyukuran atas peningkatan GPS pada tahun ini. 

Walau apa jua keputusan yang diperoleh, hakikatnya kalian telah pun berjaya pada hari terakhir menjawab kertas peperiksaan—kerana di situlah terletaknya pengorbanan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus .

Ingatlah, SPM bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjuangan pendidikan yang lebih besar. Perjalanan masih panjang, dan usaha perlu diteruskan.

Kerana dengan ilmu, kita mampu mengubah kehidupan.Terus melangkah dengan yakin dan tawakkal 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#SPM2025 

#JihadPendidikan

LAGI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

====================

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

====================

 

Daripada kami, Warga Sekolah Bina Insan Yayasan MSU.

 

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Takbir Raya : https://youtu.be/ugyKmw7qq0w?si=QbIfsdg7R2Z9rBMp                                                                                                                  

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#TakbirRaya

LAGI

TALAQQI DAN TAHSIN AL-QURAN

Alhamdulillah, Ramadan kali ini SBI sekali lagi dikunjungi Syeikh Imran Iqbal, Pegawai dari Jabatan Al-Quran Masjid Nabawi al-Syariff.

 

Sekolah mengambil peluang ini dengan mengadakan sesi Talaqi dan Tahsin Al-Quran bersama Pelajar, Guru dan juga Ibu Bapa penjaga bagi memperkemaskan bacaan dan memperbaiki tajwid.

 

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya dalam hati dan panduan sepanjang kehidupan 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#TahsinAlQuran 

#IhyaRamadan

LAGI

🌙✨ IFTAR JAMA’IE SEKOLAH BINA INSAN 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, Program Iftar Jama’ie Sekolah Bina Insan (SBI) telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengasas Yayasan MSU.

 

Seramai 1800 tetamu yang hadir terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MSU, Nazir Masjid Bukit Puchong, Hotel Sun Inn, Balai Polis Bukit Puchong, Klinik Kesihatan Batu 14, komuniti setempat dan ibu bapa pelajar serta keluarga. Majlisturut dimeriahkan dengan kehadiran Sheikh Imran Iqbal dari Pejabat Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah.

 

Pada majlis tersebut, turut diraikan anak-anak yatim melalui penyampaian sumbangan duit raya daripada Yayasan MSU, sebagai tanda kasih dan keprihatinan dalam menyantuni mereka di bulan Ramadan yang mulia.

 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, para pelajar serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga kebersamaan ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara sekolah dan komuniti.

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#IftarJama'ieSBI

#RamadanRecharge

LAGI

🌿 SBI BERWAJAH BAHARU 🌿

🌿 SBI Berwajah Baharu 🌿

 

Alhamdulillah, telah siap pemasangan signboard baharu yang memaparkan identiti rasmi sekolah:

 

📖 Maahad Tahfiz Bina Insan (berdaftar dengan JAIS)

🎓 Sekolah Menengah Bina Insan (berdaftar dengan KPM) 

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan buat YBhg Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr Mohd Shukri bin Ab. Yajid, Pengerusi Yayasan MSU, atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan 

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik

#MaahadTahfizBinaInsan 

#SekolahMenengahBinaInsan

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner