Image Banner

PERKHEMAHAN PENGAKAP & PPIM

👉Satu ikatan, seribu kegunaan

Dalam dunia perkhemahan, kemahiran ikatan tali bukan sekadar teknik, tetapi asas kepada survival, disiplin dan kerjasama. 

Setiap simpulan mengajar pelajar bahawa kejayaan bermula dengan asas yang kukuh.

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik #KemPengakapPPIM 

#SurvivalSkill

LAGI

🌿 HAYATI AL-FATIHAH BERSAMA! 🌿

🌿 Hayati Al-Fatihah Bersama! 🌿

Usrah pelajar memberi fokus dan penghayatan khusus Ayat 5 Surah Al-Fatihah:

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan." 

Ayat yang kita baca setiap hari ini sebenarnya mengajar kita tentang keikhlasan, pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan keyakinan bahawa setiap urusan bermula dengan memohon pertolongan-Nya.

Semoga ia memberi manfaat dan menambah kefahaman buat semua, insya-Allah.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#Usrahpelajar

LAGI

✨ SBI EIHSAN AWARDS 2026 ✨️ EXCELLENCE • IHSAN • ADVANCEMENT✨

✨ SBI EIHSAN Awards 2026

Excellence • Ihsan • Advancement✨

 

Sebuah majlis bagi menghargai dedikasi para muaddib yang telah mencurahkan bakti dalam mendidik serta membina generasi ummah.

 

Majlis ini turut diserikan dengan amanat serta perasmian oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Pengerusi Sekolah Bina Insan Yayasan MSU, yang sentiasa menjadi inspirasi dalam memperkasa pendidikan berteraskan ilmu, ihsan dan kecemerlangan.

 

Semoga majlis ini menjadi medan menyemarakkan budaya kecemerlangan, ihsan dan amanah dalam melahirkan muaddib yang terus Memaknai ilmu, Membina insan dan Mencontohi adab.

 

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik 

#SBIEIHSANAwards

LAGI

FINAL ROUND UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE (URC) MALAYSIA 2026

Good Luck Team SBI!

Semoga dipermudahkan, diberikan ketenangan dan keyakinan dalam menghadapi Final Round Universal Robotic Challenge (URC) Malaysia 2026.

👉Do your best, let Allah do the rest. All the best, Team SBI!

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik

#URC2026

#Robotics

LAGI

🧑‍🚒 PENGUSIAN BANGUNAN 🚒

Operasi Golden Minute | Fire Drill SBI YMSU 2026

 

Setiap saat amat berharga ketika kecemasan.

Warga Sekolah Bina Insan Yayasan MSU selesai menjalani Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) dengan kerjasama Balai Penyelamat & Bomba Puchong, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memastikan semua warga sekolah mengetahui tindakan yang betul ketika berlaku kecemasan.

 

Bersedia hari ini, selamat di kemudian hari. 

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#FireDrill 

#GoldenMinute

LAGI

🚒 SKUAD BOMBA TAHFIZ SBI YMSU 🚒

👨🏻‍🚒 Tahniah! Skuad Bomba Tahfiz SBI 

Alhamdulillah dan tahniah atas penubuhan rasmi Skuad Bomba Tahfiz Sekolah Bina Insan Yayasan MSU, yang disempurnakan oleh Ketua Balai & Penyelamat Bomba Puchong, Tuan Muhammad Azizulhakim Bin Idris.

Semoga skuad ini menjadi platform melahirkan pelajar yang berdisiplin, berani, berilmu serta sentiasa bersedia berkhidmat kepada agama, sekolah dan masyarakat.

✨ Pemimpin yang baik sentiasa bersedia membantu ketika diperlukan. 

Kemahiran hari ini, kepimpinan masa hadapan.

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#SkuadBombaTahfiz 

#BombaKomuniti

LAGI

✨️PERSATUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA✨️

✨Solat: Bukan Sekadar Bacaan

 

Solat bukan sekadar melafazkan bacaan, tetapi memahami setiap lafaz yang diucapkan kepada Allah. 

 

Melalui slot PPIM , para pelajar mempelajari, menulis dan menghafal makna bacaan dalam solat agar setiap ibadah yang didirikan lebih khusyuk, dihayati dan memberi kesan kepada kehidupan.                                                                                                             صَلِّ صَلَاةَ مُوَدّع

"Solatlah engkau seperti solat orang yang akan berpisah (solat terakhir)."

— Hadis Riwayat Ibn Majah

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#PPIM

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner