Image Banner

🇲🇾 CERAMAH KEMERDEKAAN: ANAK BANGSA, JIWA MERDEKA 🇲🇾

🇲🇾 CERAMAH KEMERDEKAAN: ANAK BANGSA, JIWA MERDEKA 🇲🇾

 

“Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi bebas untuk membina masa depan bangsa.”

 

Pada 21 Ogos 2026, Sekolah Bina Insan Yayasan MSU telah menganjurkan Ceramah Kemerdekaan yang disampaikan oleh Mejar (B) Dato’ Salehuddin Abd Mutalib ini membawa para pelajar menelusuri kembali sejarah perjuangan dan kesusahan yang dilalui oleh generasi terdahulu dalam mengharungi perjalanan menuju kemerdekaan.

 

Semoga penghayatan terhadap sejarah perjuangan bangsa dapat menyemarakkan jiwa patriotik dan kecintaan kepada tanah air dalam diri setiap warga Sekolah Bina Insan.

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#MerdekaDihargai

#SemarakkanMerdeka

LAGI

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga SBI YMSU.

 

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Teruskan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka.

Klik link untuk permohonan pendaftaran:

https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#We ❤️ SBIYMSU

LAGI

MAJLIS AMANAT & PELUNCURAN MUKHAYYAM AL-HARAMAIN 2026

Mukhayyam Madinah kini hadir dengan nafas baharu. 

 

 *MUKHAYYAM AL HARAMAIN SBI YMSU 2026*. Meneruskan legasi program mobiliti antarabangsa SBI, namun diperkasakan dengan pengisian lebih komprehensif dan bermakna dengan keberkatan dua Tanah Haram. 

 

Program yang memberi fokus kepada empat teras utama:

 

📖 Tahsin & Talaqqi Al-Quran

📜 Mutun Hadis

🕌 Sirah Nabawiyyah

🗣️ Bahasa Arab

 

Lebih istimewa, anak-anak SBI bukan sahaja menuntut ilmu, tetapi berpeluang merasai pengalaman pembelajaran di bumi Haramain, mendekatkan diri dengan Al-Quran, menyelami sirah dan menghayati kecintaan kepada Rasulullah SAW.

 

Majlis peluncurannya telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi SBI YMSU merangkap Pengasas Yayasan MSU. Setinggi-tinggi penghargaan atas amanat, sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam memperkasa pengalaman pendidikan anak-anak SBI.

 

✨ Bukan sekadar perjalanan merentas bumi, tetapi perjalanan membina ilmu, adab dan jiwa.

 

📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka.

Klik link untuk permohonan pendaftaran:

https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#MukhayyamAlHaramain2026

LAGI

PERKHEMAHAN PENGAKAP & PPIM

👉Satu ikatan, seribu kegunaan

Dalam dunia perkhemahan, kemahiran ikatan tali bukan sekadar teknik, tetapi asas kepada survival, disiplin dan kerjasama. 

Setiap simpulan mengajar pelajar bahawa kejayaan bermula dengan asas yang kukuh.

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik #KemPengakapPPIM 

#SurvivalSkill

LAGI

🌿 HAYATI AL-FATIHAH BERSAMA! 🌿

🌿 Hayati Al-Fatihah Bersama! 🌿

Usrah pelajar memberi fokus dan penghayatan khusus Ayat 5 Surah Al-Fatihah:

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan." 

Ayat yang kita baca setiap hari ini sebenarnya mengajar kita tentang keikhlasan, pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan keyakinan bahawa setiap urusan bermula dengan memohon pertolongan-Nya.

Semoga ia memberi manfaat dan menambah kefahaman buat semua, insya-Allah.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#Usrahpelajar

LAGI

✨ SBI EIHSAN AWARDS 2026 ✨️ EXCELLENCE • IHSAN • ADVANCEMENT✨

✨ SBI EIHSAN Awards 2026

Excellence • Ihsan • Advancement✨

 

Sebuah majlis bagi menghargai dedikasi para muaddib yang telah mencurahkan bakti dalam mendidik serta membina generasi ummah.

 

Majlis ini turut diserikan dengan amanat serta perasmian oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Pengerusi Sekolah Bina Insan Yayasan MSU, yang sentiasa menjadi inspirasi dalam memperkasa pendidikan berteraskan ilmu, ihsan dan kecemerlangan.

 

Semoga majlis ini menjadi medan menyemarakkan budaya kecemerlangan, ihsan dan amanah dalam melahirkan muaddib yang terus Memaknai ilmu, Membina insan dan Mencontohi adab.

 

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik 

#SBIEIHSANAwards

LAGI

FINAL ROUND UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE (URC) MALAYSIA 2026

Good Luck Team SBI!

Semoga dipermudahkan, diberikan ketenangan dan keyakinan dalam menghadapi Final Round Universal Robotic Challenge (URC) Malaysia 2026.

👉Do your best, let Allah do the rest. All the best, Team SBI!

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik

#URC2026

#Robotics

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner